Suka manggis?? Kita sedia maklum bahawa buah durian adalah the 'King of Fruits' tetapi tahukah anda buah manggis ini adalah the 'Queen of Fruits'?
- Jadi apa kata kalau kita mengenali dengan lebih dekat apa yang dikatakan buah manggis..- Menurut sumber yang dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/manggis, manggis atau nama saintifiknya (Garcinia Mangostana) adalah pokok tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Kepulauan Sunda dan Maluku. Pokok manggis boleh tumbuh dari 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.
STRUKTUR MANGGIS
-Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan. Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ianya mudah untuk dibuka dan mengambil isinya.
- Mengenai khasiat pula, ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis.
KEGUNAAN SECARA TRADISIONAL
-Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, tibi, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry.
-Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
KHASIAT
-Khasiat xantona iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan InsyaAllah pelbagai lagi masalah.
KAJIAN SAINTIS-ZAT ANTIOKSIDAN (XANTHONES) MANGGIS
- Seterusnya kita lihat pula kajian yang dibuat oleh para saintis berkaitan kandungan anti-oksida yang ada pada MANGGIS berbanding buah-buah yang lain.
- Jadi, nampak tak buah mana yg mengandungi antioksidan tertinggI?? Tak sangka betul. Selama ni asyik membaca pasal kelebihan buah-buahan yang lain, tidak disangka buah-buahan tempatan kita adalah champion kepada semuanya. Tahniah manggis, tahniah..!!
No comments:
Post a Comment