Wednesday, December 2, 2009

Kandungan Utama dalam MANGOSTYN JUICE



MERUPAKAN KOMBINASI BUAH-BUAH DI BAWAH:

MANGGIS (Garcinia Mangostana) -Buah manggis merupakan antara buah yang dikatakan terbaik sekali di kalangan buah tropika. Manggis mengandungi pelbagai jenis bahan biologi yang aktif dalam kuantiti yang besar. Bahan aktif yang paling penting dikenali sebagai XANTON-kumpulan molekul yang unik. XANTON dikenali sebagai Adaptagens kerana keunikan bahan ini untuk menyesuaikan diri di dalam badan kita dan membantu badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Manggis adalah herba yang terbukti dengan aktiviti antioksidanya.

EKSTRAK BIJI ANGGUR (Vitis Vinifera) -Ekstrak biji anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi oligomeric proanthocyanidins (OPC) dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak biji anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida juat yang dapat melindungi badan proses penuaan dan pereputan beroksida. Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins di dalam ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C

EKSTRAK ACAI -Buah acai merupakan sejenis beri yang berasal daripada Brazil. Buah ini mempunyai kebaikan 10 kali ganda antioksida daripada buah anggur dan 2 kali ganda daripada blueberri. Buah ini juga mengandungi antocyanin, omega 6, kalsium, amino asid, mineral serta Vitamin B1, B2, B3, C dan E. Buah acai mengandungi antioksida dan serat yang tinggi yang boleh membantu menentang penuaan awal, menyokong kesihatan jantung serta membantu mereka yang menghadapi masalah penghadaman.

EKSTRAK DELIMA (Punka granatum)-Delima merupakan tanaman yang popular di kalangan masyarakat Cina. Di antara khasiatnya ia mampu mencegah penyakit kencing manis, mencuci perut, membunug cacing dan meredakan cirit-birit. Ekstrak delima mengandungi kandungan antioksida yang tinggi, phenol, vitamin C dan folid asid. Sebiji delima mampu menyumbangkan 40% vitamin C yang diperlukan oleh orang dewasa.
JUS EPAL -Satu ungkapan mengatakan sebiji epal sehari mampu mengelakkan dari penyakit (an apple a day keep the doctor away. Ini kerana epal merupakan serat yang mudah dilarut. Ia mengandungi antioksidan yang membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah sekaligus mengurangkan risiko masalah jantung. Bagaimanapun, pada masa yang sama epal adalah sumber serat tidak mudah larut, membantu salur usus membersih dan membuang makanan dengan pantas melalui sistem pencernaan.

ROSSELE (Hibiscus sabdariffa) -Roselle adalah dari species hibiscus, famili Malvaceae. Buah rosei yang berwarna merah mengandungi pektin, serta kaya dengan vitamin C, A dan E serta zat mineral. Herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda.

No comments:

Post a Comment